Friday, 12 July 2013

Sebulan lebih tidak update blog ni...Bukannya malas, tapi tidak berkesempatan.  Macam-macam hal yang berlaku dalam tempoh sebulan yang lepas.  Entry kali ini, biarlah saya ringkaskan saja apa yang terjadi di sepanjang blog ini di tinggalkan bersawang...

8hb June 2013
Saya melakukan ujian UPT walaupun belum sampai due date (10/6/13)...Sebabnya badan rasa tidak selesa dan gosok gigi sudah mula terasa mual.  Saya buat di ofc atas desakan kawan-kawan dengan alasan andai saya hamil, saya akan terus mula jaga pemakanan dan pastikan ianya dijaga dengan lebih teliti kali ini kerana tidak mahu terjadi peristiwa tahun lalu di mana saya keguguran pada usia kandungan 2 bulan.  Alhamdulilllah, UPT positif....saya khabarkan berita gembira pada suami, anak-anak dan juga keluarga yang saya sayang...


16hb June 2013
5 minggu usia kandungan, saya bleeding di pejabat.  Saya jadi takut, panik, sedih dan bermacam-macam perasaan bermain di fikiran.  Terimakasih As temankan akak ke klinik berdekatan.  Saya di rujuk ke hospital Selayang.....Sampai di hospital, saya di periksa oleh doktor bertugas, Alhamdulillah, 'kantung' sudah kelihatan dan masih stabil.


17hb June 2013
Saya ke hospital Selayang sekali lagi untuk berjumpa doktor pakar (O&G).  Doktor juga mengesahkan kandungan selamat dan saya harus datang kembali selepas 2 minggu untuk memastikan kandungan membesar.  Saya diberikan cuti sakit selama seminggu...Walaupun diberikan MC saya datang ke ofc (3 hari) untuk menyiapkan tugas-tugas yang tidak sempat diselesaikan.


24hb June 2013
Start kerja selepas habis bercuti sakit.  Banyak kerja harus diselesaikan.....


26hb June 2013
Terima panggilan dari kampung (abah telefon) pukul 7.30am...Abah cakap mak sakit dan tidak memberikan apa-apa respon bile di kejutkan.  "Ya Allah...dugaan apakah yang ingin Kau berikan padaku di saat ini..."  Bingkas bangun dan terus balik kampung bersama-sama Liza, Nani dan Haziq...Dalam perjalanan abah cakap mak dah admitted hospital.  Sampai di hospital Batu Pahat, sedih tengok keadaan mak.  Sedih tengok mak sakit, sedih tengok keadaan ward mak di tempatkan dan sedih tengok abah yang dah tua harus menguruskan segalanya untuk mak.  Anak-anak ramai tapi semua tak ada di kampung...Masing-masing punya tanggungjawab terhadap kehidupan....

Saya sebagai anak sulung, ambil alih tugas abah...Kami adik beradik, berpakat untuk pindahkan mak ke Putrajaya hospital, namun tidak dibenarkan kerana keadaan mak yang tidak stabil.  Kami akur, namun untuk keselesaan mak, kami pindahkan mak ke ward VVIP.  Tiada tujuan pun untuk berlagak tapi hanya untuk keselesaan mak yang sedang sakit.  Manakan mungkin dalam keadaan yang sakit sebegitu, mak di tempatkan di bilik kecil yang sempit betul-betul katil mak bersebelahan bilik air.  Di kaki katil mak pula ada lagi dua katil pesakit.  Bilik tersebut hanya tinggal lorong untuk pesakit berjalan menuju ke bilik air.

Alhamdulillah, setelah 'berusaha' akhirnya petang itu juga mak pindah ke ward sebilik seorang.  Saya tunggu mak...Liza, Nani dan Haziq balik semula ke KL.  Masing-masing sudah punya urusan yang telah di tetapkan lebih awal.   Saya temani mak sepanjang malam, dengan keadaan saya yang 'morning sickness' dan saya sebenarnya hampir terlupa yang saya sedang hamil dan baru sahaja lepas bleeding seminggu yang lalu....Namun untuk mak, saya akan lakukan apa saja...ini sajalah yang boleh saya lakukan pun....Semua anak-anak mak dan cucu-cucu mak balik kampung tengok mak.  Ramai keluarga datang ziarah mak baik di hospital mahupun di rumah setelah mak kembali dari hospital.  Lupa nak bagitau...buah pinggang mak sebenarnya sudah gagal berfungsi dengan baik.  Hanya tinggal 30% sahaja.

Saya sambung cuti sehingga 30/6/13.  Tak sampai hati nak balik KL nak tinggalkan mak dan abah.  Sempat saya printkan makanan apa yang mak boleh dan tidak boleh makan atas nasihat doktor.  

ok...takat tu dulu....bile free saya  sambung cerita ya.....