Monday, 28 October 2013

Hai...am back....

Wahhhh...lama betul x update blog ni...ni bukan lg bersawang tapi dh jd mcm rumah x berpenghuni....
Tak sempat langsung nak jengah.  Banyak sangat berlaku perkara dalam kehidupan saya dan keluarga. Alhamdulillah...kami tabah dan redha dengan pelbagai ujian yang mendatang.  Syukur di beri ujian kerana menjadikan kami sekeluarga lebih muhasabah diri dan lebih menyedari tentang hakikat sebuah kehidupan yang hanya pinjam-pinjaman...  Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan dengan kekuatan hamba itu sendiri... Itu janji Allah...

Saya kehilangan buat kali kedua kandungan ketika usianya sudah menginjak 10 minggu pada minggu pertama Ramadhan.  Sedih sangat sebab kandungan ini disahkan kembar....Bukan rezeki saya...Saya percaya ada hikmah yang tersirat di sebalik kehilangan kandungan ini, walaupun saya benar-benar inginkannya.

Kesihatan mak masih seperti  dulu.  Kali terakhir mak di masukkan ke hospital adalah beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri.  Mak menjalani pembedahan untuk dialisis.  Alhamdulillah, kini mak sudah beransur sihat setelah menjalani dialisis.  5 hari sebelum merayakan Aidil Fitri mak keluar hospital.  3 hari sebelum Raya rumah mak terbakar dan ada cubaan untuk menamatkan riwayat mak, abah dan adik ipar serta anak saudara.  Mujur dan syukur pada Allah semuanya selamat.  Semuga Allah jua yang membalas segala perbuatan khianat manusia yang tidak  bertanggungjawab....  

Kami adik beradik balik kg dan menguruskan rumah serta segala persiapan Raya dalam keadaan yang serba sederhana.   Yang penting kami masih lagi bersama dan bahagia sekeluarga walaupun mak masih dalam kesakitan merayakan Aidil Fitri.  Sebagai anak sulung di bantu adik-adik dan anak saudara yang sangat di kasihi, kami mengambil alih tugasan mak.  Of coz rindu dengan masakan hari raya mak, tapi keadaan tidak mengizinkan mak untuk melakukannya.

Abah sangat tabah. sangat kuat...Semangat perwira yang ada dalam diri abah yang agaknya jadikan abah seorang yang kuat melawan segala ujian dari Allah...Saya juga ingin kuat dan tabah seperti abah...Saya tau saya bukan lelaki, saya juga tidak mengharapkan punya kekuatan fizikal, kekuatan emosi sudah cukup untuk saya menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.   

Itu antara peristiwa besar dan sedih dalam hidup saya pada tahun ini.  Kenangan pahit yang takkan saya lupakan sepanjang hidup saya.   Sedikit gambar kenangan Hari Raya....


Mak dan Abah tersayang
Puteri-puteri mak dan abah

Anak-anak mak dan abah

Anak, menantu dan cucu-cucu mak abah



Friday, 12 July 2013

Sebulan lebih tidak update blog ni...Bukannya malas, tapi tidak berkesempatan.  Macam-macam hal yang berlaku dalam tempoh sebulan yang lepas.  Entry kali ini, biarlah saya ringkaskan saja apa yang terjadi di sepanjang blog ini di tinggalkan bersawang...

8hb June 2013
Saya melakukan ujian UPT walaupun belum sampai due date (10/6/13)...Sebabnya badan rasa tidak selesa dan gosok gigi sudah mula terasa mual.  Saya buat di ofc atas desakan kawan-kawan dengan alasan andai saya hamil, saya akan terus mula jaga pemakanan dan pastikan ianya dijaga dengan lebih teliti kali ini kerana tidak mahu terjadi peristiwa tahun lalu di mana saya keguguran pada usia kandungan 2 bulan.  Alhamdulilllah, UPT positif....saya khabarkan berita gembira pada suami, anak-anak dan juga keluarga yang saya sayang...


16hb June 2013
5 minggu usia kandungan, saya bleeding di pejabat.  Saya jadi takut, panik, sedih dan bermacam-macam perasaan bermain di fikiran.  Terimakasih As temankan akak ke klinik berdekatan.  Saya di rujuk ke hospital Selayang.....Sampai di hospital, saya di periksa oleh doktor bertugas, Alhamdulillah, 'kantung' sudah kelihatan dan masih stabil.


17hb June 2013
Saya ke hospital Selayang sekali lagi untuk berjumpa doktor pakar (O&G).  Doktor juga mengesahkan kandungan selamat dan saya harus datang kembali selepas 2 minggu untuk memastikan kandungan membesar.  Saya diberikan cuti sakit selama seminggu...Walaupun diberikan MC saya datang ke ofc (3 hari) untuk menyiapkan tugas-tugas yang tidak sempat diselesaikan.


24hb June 2013
Start kerja selepas habis bercuti sakit.  Banyak kerja harus diselesaikan.....


26hb June 2013
Terima panggilan dari kampung (abah telefon) pukul 7.30am...Abah cakap mak sakit dan tidak memberikan apa-apa respon bile di kejutkan.  "Ya Allah...dugaan apakah yang ingin Kau berikan padaku di saat ini..."  Bingkas bangun dan terus balik kampung bersama-sama Liza, Nani dan Haziq...Dalam perjalanan abah cakap mak dah admitted hospital.  Sampai di hospital Batu Pahat, sedih tengok keadaan mak.  Sedih tengok mak sakit, sedih tengok keadaan ward mak di tempatkan dan sedih tengok abah yang dah tua harus menguruskan segalanya untuk mak.  Anak-anak ramai tapi semua tak ada di kampung...Masing-masing punya tanggungjawab terhadap kehidupan....

Saya sebagai anak sulung, ambil alih tugas abah...Kami adik beradik, berpakat untuk pindahkan mak ke Putrajaya hospital, namun tidak dibenarkan kerana keadaan mak yang tidak stabil.  Kami akur, namun untuk keselesaan mak, kami pindahkan mak ke ward VVIP.  Tiada tujuan pun untuk berlagak tapi hanya untuk keselesaan mak yang sedang sakit.  Manakan mungkin dalam keadaan yang sakit sebegitu, mak di tempatkan di bilik kecil yang sempit betul-betul katil mak bersebelahan bilik air.  Di kaki katil mak pula ada lagi dua katil pesakit.  Bilik tersebut hanya tinggal lorong untuk pesakit berjalan menuju ke bilik air.

Alhamdulillah, setelah 'berusaha' akhirnya petang itu juga mak pindah ke ward sebilik seorang.  Saya tunggu mak...Liza, Nani dan Haziq balik semula ke KL.  Masing-masing sudah punya urusan yang telah di tetapkan lebih awal.   Saya temani mak sepanjang malam, dengan keadaan saya yang 'morning sickness' dan saya sebenarnya hampir terlupa yang saya sedang hamil dan baru sahaja lepas bleeding seminggu yang lalu....Namun untuk mak, saya akan lakukan apa saja...ini sajalah yang boleh saya lakukan pun....Semua anak-anak mak dan cucu-cucu mak balik kampung tengok mak.  Ramai keluarga datang ziarah mak baik di hospital mahupun di rumah setelah mak kembali dari hospital.  Lupa nak bagitau...buah pinggang mak sebenarnya sudah gagal berfungsi dengan baik.  Hanya tinggal 30% sahaja.

Saya sambung cuti sehingga 30/6/13.  Tak sampai hati nak balik KL nak tinggalkan mak dan abah.  Sempat saya printkan makanan apa yang mak boleh dan tidak boleh makan atas nasihat doktor.  

ok...takat tu dulu....bile free saya  sambung cerita ya.....










Saturday, 8 June 2013

HARGAILAH ISTERI...

Memberi kejutan (surprised) kepada isteri mungkin sudah lama tidak di lakukan.  Apatah lagi jika usia perkahwinan sudah berjalan agak lama.   Adakah kerana kesuntukan masa atau terlalu sibuk dengan tugas pejabat hingga melupakan tarikh penting dalam kehidupan...???

Saat romantik ketika zaman bercinta jadi luput dalam sekelip mata.  Kenapa ini terjadi?  Pudarkah sudah kasih sayang? Atau setelah diijab kabul, romantik itu tidak lagi diperlukan?   Pernah x terfikir yang isteri  tidak pernah luntur jiwa romantiknya... Kenapa isteri jer yang perlu ada perasaan begitu?  Sayang betulkan kita pada suami...Apa tidaknya, itu lah yang kita puja-puja dulu sebelum berkahwin...kini dah sentiasa di depan mata, bersyukurnya tidak terkata.  Kalau boleh ingin senafas, ingin sebadan dan ingin senyawa dengan suami yang tercinta...Apa juga tarikh penting tentang suami x pernah isteri lupakan... sampaikan tarikh saat pertama kali berjumpa pun masih lagi ditanda di dalam kalendar tahunan..inikan pulak tarikh kelahiran, tarikh ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

Adakah  si suami macam tu jugak?  Mungkin ada tapi boleh di bilang dengan jari.  Ada suami yang bertanya, "perlu ke itu semua? bukankah sudah berumahtangga, setiap hari berjumpa, apa lagi yang sang isteri dambakan?"....kalau soalan itu yang di tanyakan...bagi saya, ianya memang perlu....bukan sahaja buat isteri gembira, tapi lebih mengeratkan lagi cinta yang terbina sejak sekian lama....maukah cinta pudar dalam sekelip mata? maukah rumahtangga seakan mati belum pun sempat menyambut jubli emas, jubli perak dan jubli intan?  

Bukan hadiah mahal yang isteri mahukan...cukuplah sekadar ada tanda ingatan.  Bukan isteri tidak tahu tahap kemampuan kewangan suami...xkan lah sekadar sekeping kad tanda ucapan dan bawak makan2 boleh menambah hutang bulanan?....Saya suka rancangan Romantika di Astro.  Kalau kewangan mengizinkan apa salahnya pergi jalan-jalan sambil imbas kembali zaman romantik...Kalau dah tak ada memadai pergi dinner, sambil semarakkan kembali cinta, kasih dan sayang yang semakin suram...

Kadang-kadang, isteri sanggup menyimpan sebulan paling takde RM10.  Nak tau kenapa?  Sebab nak bagi kejutan buat suami...Sebulan RM10, setahun hampir RM120...Bukan dapat sangat pun hadiah yang mahal apatah lagi yang branded, cukuplah sekadar ada surprised untuk buat suami tersenyum riang dan dengan harapan bertambah erat lah kasih sayang.   Berbulan-bulan perancangan di lakukan...kononnya nak surprised kan suami.  Sanggup kan isteri mengikat perut semata-mata nak gembirakan orang yang paling di sayangi...Bila isteri buat macam tu, suami pulak kata.."yang awak jadi bodoh tu kenapa?...saya tak mintak pun hadiah atau apa saja"...ohhhh suami....memang lah awak tak mintak, tapi inilah effort seorang isteri yang sangat-sangat menghargai seorang lelaki yang bergelar suami.  

Lembut sangat hati seorang perempuan, hingga sanggup setia berkorban untuk yang tersayang.  Ada kalanya, sudah di gelar "KAU TU MEMANG PEREMPUAN BODOH" pun masih lagi perempuan tunggu  dan memaafkan....Entahlah....

Bahagiakanlah isteri dengan sebuah pemberian yang kecil.  Berikan sesuatu untuknya sebagi bukti cinta dan kasih sayang yang luarbiasa.  Meskipun cinta dan kasih sayang itu tidak boleh di  ukur dengan harta benda...Dan tentu saja, hadiah juga bukan bererti pengganti kehadiran suami.

HARGAILAH SEORANG PEREMPUAN YANG BERGELAR ISTERI, FAHAMI DAN SELAMILAH APA YANG TERSIRAT DI HATI MEREKA...SAYANGNYA ISTERI PADA SUAMI MELEBIHI SEGALANYA....HARGAILAH MEREKA....HARGAILAH MEREKA....

Friday, 7 June 2013

Birthday....


Lama betul x update blog.  x sempat sangat2.   Last Sat 1/6/13, mak, abah, Dedi n family dan Aleeya n family turun KL.  Lama x jumpa dia orang.   I've to worked on that Pub Hol.  Lepas habis kerja, terus je balik ke Shah Alam rumah sis Liza...x sabar rasanya nak jumpe dia orang...Malam tu sembang panjang sampaikan tidur nearly 3.00am, walaupun the next day terpaksa kena p ofc tapi seronok punya pasal dapat jmpe family x kisah pun mengantuk.

Ahad tu, lepas balik kerja terus jugak balik Shah Alam... .  Malam tu we all celebrate bthday abah, Aiman, Mirza dan Iskandar. Happy Birthday to all of you...lots of love untuk abah dan semua anak saudara....tidur sana lagi sebab Isnin tu x kerja so dapatlah spend times wth family.  Dapat masakkan untuk abah yang paling penting skali...walaupun x sama dengan masakan mak untuk abah...Tapi habis jugak abah makan...hehehe...To Liza, Mala and Reen...congratulations sebab buat banyak kek yang sedap-sedap...Banyak sangat makanan sampai habis punah diet saya.....huhuhu.....

Layan la gambar-gambar birthday yang x seberapa nya ini.  Yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul dan BEST SANGAT-SANGAT...moment ini xkan dapat saya lupakan.....Terimakasih mak dan abah diatas segala nasihat dan sangat memahami luahan hati anak mak ni....LOVE U SO MUCH... 



Banyak kan kek....keropok tu maksu yang goreng...

Snow Chees Cake yang sangat sedap...Credit to Mak Ja & Reen

Red Velvet Cake by Mak Ngah & Nana

Birthday Boy (Mirza)

Rainbow Cheese Cake by Mak Ja (Sedap gilerrr)

Nabila, Reen, Mirza & Aiman

Abah, Mirza, Aiman & Iskandar...(Happy Bthday)

Potong jangan x potong....

Amik gambar b4 blowing d candle...

Bread Pudding with Vanilla Sos, Rainbow Cheese Cake & Snow Cheese Cake

 Masquerade Mask...buatan maksu yang sangat creative...

Birthday boy tiup lilin....saya....... (hehe..x sempat mandi masih dengan baju kerja)



Wednesday, 29 May 2013

WELCOME TO THE WORLD....

Tahniah buat Nadia dan suami di atas kelahiran bayi yang comel ini pada Selasa 28/5/2013 jam 3.50pm.  


"Semoga Allah memberkatimu dengan kelahiran anak ini dan kamu pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang baik daripada anak ini."



A baby will make love stronger, days shorter, nights shorter, bank balance smaller, home happier, clothes dirty, the past forgotten, and the future worth living for.

Monday, 27 May 2013

ANAK



Seronok, gembira, terharu, sedih...macam-macam perasaan bercampur aduk...Mudah-mudahan Nadia dan baby selamat.   Terasa macam saya yang nak bersalin.... Rindu sangat dengan kehadiran baby dalam hidup ini.  Yelah...anak-anak semua dah besar.

Dulu, kalau rezeki berpihak kepada saya,  saya juga dijangka melahirkan pada bulan depan (July)..beza sebulan je dengan Nadia.  Tapi takdir dari NYA tiada siapa yang dapat menolak. Saya kehilangan 'si benih cinta' di usia kandungan 8 minggu.  Tuhan jer yang tau macam mana saya rasa ketika itu.  Agak lama jugak saya 'bleeding' barulah 'si benih cinta' gugur.  Macam mana perasaan dan keadaan saya ketika itu??....Hanya Allah saja yang tau....Allah saja yang tau apakah hikmah di sebalik dugaan yang diberikan kepada saya.  Jujur saya menangis semau dan seadanya.  Bila diingatkan balik, malu pulak rasanya.  Di ketika usia yang dah hampir senja saya hamil dan keguguran, menangis pula seakan ward hospital tu milik mutlak saya sepenuhnya....

Mulanya, saya memang tidak dapat menerima takdir kehilangan  'si benih cinta',  Sekembalinya ke rumah dari hospital, saya masih dengan rutin harian, mempersembahkan 'makanan harian' (doa semasa hamil) dengan hati yang penuh dengan  kasih sayang...Tatkala itu, saya masih lagi rasakan ianya sedang tumbuh mekar di dalam rahim...namun saat masa berlalu, saya pasrah dan redha dengan takdir Illahi.  Terimakasih buat orang-orang yang saya sayang begitu juga kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan...

Terkadang, saya terfikir juga, bagaimana agaknya nanti, kalau saya di duga dengan kehilangan orang-orang yang sangat-sangat saya sayang...boleh ke saya menerima nya?...Gugurnya 'si benih cinta', saja sudah membuatkan saya hampir tak tentu fikiran...."Ya Allah, Kau tabahkan lah hati ku menerima segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini".."Ya Allah, kau panjangkanlah usia mereka, agar dapat mereka melakukan dan menambahkan kebaikan di dalam hidup ini, "Ya Allah, kau rahmati lah mereka yang sangat aku kasihi"...

Untuk itu, hargailah segala yang menjadi kesayangan dalam hidup kita, sebelum ianya berlalu pergi dan tak akan kembali lagi.....




Saturday, 25 May 2013

TAKDIR CINTA


Entry kali ini di tujukan khas buat adik yang saya sayangi.  Mungkin juga boleh di kongsi oleh anak-anak mahupun anak-anak saudara yang tersayang.  Anggaplah ianya sekadar sebuah pesanan dari saya yang sudah terlalu banyak melalui kisah suka duka dalam kehidupan.  Walaupun pengalaman itu banyak mendewasakan saya namun ada ketikanya saya rebah juga dengan takdir NYA..Andai ianya tidak relevan untuk diguna pakai di zaman serba moden ini, buangkan ianya jauh-jauh, sedikit pun tidak ada rasa terkilan di hati...

Hadirnya rasa cinta hasil dari sebuah perkenalan. Kalau tidak dimulakan dengan perkenalan manakan mungkin boleh menghasilkan bibit-bibit percintaan.  Pernahkan dengar pepatah 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA"...tepat sekali kan pepatah orang-orang dahulu.  Berseminya cinta kerana sering diberi perhatian.  Namun cinta pasti akan pudar dan pasti akan hilang kerana pembohongan.  Jujur dan ikhlas lah dalam menjalani sebuah persahabatan.  Berbicaralah apa sahaja dengan pasangan asalkan bicara itu jujur dan ikhlas.  Kalau kita nak pasangan kita jujur, maka kita juga perlu jujur dalam perhubungan.

Setialah pada pasangan, kerana kesetiaan bererti ketulusan untuk menyimpan hanya SATU nama yang tetap di dalam hati, kemudian berjanjilah untuk saling tidak mengkhianati.  Andai kesetiaan yang disimpul mati dileraikan tanpa belas dan keadilan, anggaplah itu takdir sebuah percintaan.  Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Jika kita mencintai seseorang, berusahalah untuk tampil seadanya.  Jangan malu untuk terangkan siapa kita, kerana Cinta sejati selalu dapat menerima kelebihan dan kekurangan kita.  Cinta adalah keutamaan dalam hidup saya.  Saya percaya dengan adanya cinta dan saya sangat-sangat menghargai CINTA kerana saya penuh dengan rasa CINTA....

Akhir sekali...CINTAI LAH ALLAH SWT DAN RASULNYA DENGAN SEPENUH HATI, KERANA CINTA  PADA ILLAHI, CINTA AGUNG YANG KEKAL ABADI.







Don't judge a book by its cover......

Hairan kan....baru pertama kali jumpa kita dah 'cop' dia orang yang bagaimana....kita tak kenal pun siapa dia, kita tak pernah tau pun kehidupan dia macam mana, kita tak pernah berbual lama mahupun hidup atau kerja bersama pun,  tapi kita dah letakkan pelbagai anggapan tentang siapa dia.  Bukan ke itu tidak adil namanya...Namun itulah lumrah manusia.

Adakalanya, dimasa-masa 'sedangkan lidah lagi tergigit', mulalah diungkit segala peristiwa.  Kisah silam yang sepatutnya sudah menjadi lipatan sejarah, kembali di bangkitkan dengan begitu angkuhnya, sedangkan ada diantara kita yang sudah menjadi begitu setia dan melupakan kisah hidup lama.  Kenapa mesti di samakan kehidupan lampau dengan kehidupan semasa?   Bukankah situasinya sama sekali berbeza? Bukankah pasangan yang terdahulu tidak sama dengan yang sedia ada?  Tidak bijakkah kita membuat pertimbangan seadilnya? Atau memang sengaja untuk menyakitkan atau sengaja mencari alasan untuk tidak lagi mahu hidup bersama?  Teman, kawan, sahabat, kekasih, suami atau apa saja status dia di mata atau hati kita, fikirkanlah dan fahamilah bahawa segala yang berlaku bukan segaja namun ianya bersebab dan punya alasan kenapa ianya berlaku.  Usah menghakimi kisah silam yang bukan kita pelakun utamanya...Hanya mereka-mereka yang berada di saat itu sahaja yang tahu apa yang terjadi diantara mereka...



 Walk A Mile In My Shoes,
See What I See,
Hear What I Hear,
Feel What I Feel, THEN
Maybe You’ll Understand Why I Do What I Do, ‘Till  Then Don’t; Judge Me….




Tuesday, 21 May 2013

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR.....


Three things you cannot recover in life; the words after it's said, the moment after it's missed, and the time after it's gone. ~ Anonymous

Bukan mudah untuk kita luahkan segala yang terpendam di dalam hati...bukan mudah juga untuk kita memahami apa yang tersirat di dalam hati orang lain, begitu juga dengan mereka...Kadang-kadang, kita rasakan 'approach' kita sudah cukup untuk orang lain faham apa yang kita cuba sampaikan, tapi..seringkali ianya jadi berlainan anggapan...

Tak kisah lah dalam apa juga situasi, berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata agar tidak menguris serta menyakitkan hati orang lain.  Sekali hati dan perasaan terguris, kata-kata tersebut terngiang-ngiang di cuping telinga...Perasaan akan perlahan-lahan menjadi tawar...tatkala itu, ucapan kasih, sayang dan cinta sudah menjadi terlalu asing untuk didengar...pujuk dan rayu sudah tidak lagi bermakna kerana hati sudah menjadi tawar setawarnya....disaat itu, kesalan tidak perlu lagi ditangisi dengan limpahan airmata....

Ingatlah...terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya....saat indah yang di simpan berkurun lamanya akan punah dalam sekelip mata di telan masa yang tiada galang gantinya....



Friday, 17 May 2013

KOMUNIKASI

Awal pernikahan merupakan masa yang sangat indah dalam kehidupan berumahtangga.  Kehidupan penuh dengan rasa cinta yang menggebu dan hangat membara.  Namun, seiring dengan pertambahan waktu, cinta semakin hari jadi  semakin pudar, komunikasi semakin hari semakin jangan tidak aje....  Kenapa ini terjadi?  Bosankah pasangan kita atau kita sendiri yang sudah semakin malas untuk jadi lebih kreatif agar rumahtangga sentiasa bling-bling....

Siapa yang bersalah?  dia atau kita?  Dah memang naluri lelaki agaknya tidak tahu macam mana nak tujuk rasa sayang apatah lagi nak ucapkan kata cinta setiap hari.  Ada orang kata..ungkapan cinta tak boleh selalu di luahkan kerana takut hilang nilainya...ada pulak yang kata ianya harus sering diungkapkan agar cinta sentiasa 'blooming'....lain orang lain caranya....anda bagaimana???....

Komunikasi itu penting...kalau dah tak ada komunikasi, salah faham sering terjadi....mulalah kepala fikir yang bukan-bukan....benda yang tak ada, jadi ada...itulah bahana kalau tidak ada komunikasi.  Tak kisah dalam apa juga situasi, komunikasi sangat penting.  Suka atau tidak,  kita perlu bercakap...walaupun ianya pahit untuk di dengar tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang pasangan kita suka atau tidak....



Komunikasi Adalah Sesuatu Yang Mudah,.... Susahnya Ialah Apabila Kita Tidak Menyebutnya Dengan Perkataan Yang Mudah…..T.S.Matthews





Monday, 13 May 2013

KEIKHLASAN

Balik kerja, terus je pegi pasar malam, takde intention pun nak pergi at first, tapi entah macam mana ringan je kaki ni melangkah dengan As, Eyka & Reen. Tak tau nak beli apa. Saja jalan-jalan cuci mata, Tetiba teringat Eyka cakap, "laksam kat pasar malam ni sedap tau"...so, oklah...cari la laksam...Dah jumpa pun gerai yang Eyka cakap...."hurmmm...ramai pulak orang beratur"..."heran...apa yang menarik kat gerai yang serba kekurangan ni?"...hati mula berkata..."lampu tak ada...pastu yang berniaga cuma sorang lelaki yang biasa-biasa jer, tanpa ada sesiapa yang membantu".. Malas nak fikir apa kelebihan gerai ni...makanan kat sini dan peniaga ni, saya beli jugak laksam yang dijual disini, walaupun ada banyak lagi gerai lain yang menjual laksam yang jauh lebih sempurna. Lepas beli laksam...Reen cakap dia nak beli mini karipap yang dijual di gerai yang sama.

 Agak lama saya dan Reen berdiri untuk menunggu mini karipap yang masih di dalam kuali. Dalam kami menunggu tu, saya perhatikan si penjual ni...lama saya memerhatikannya tanpa dia menyedarinya. Saya cuba cari apa kelebihan yang ada disini dan juga si penjual. Sudah pasti dia tak perasan kan saya sebab, asyik sungguh dia bekerja...Saya lihat penuh ikhlas dia melayan pelanggan yang tak henti-henti memesan laksam & laksa selain dari pelanggan lain yang masih setia menunggu karipap mini yang masih di dalam kuali. Sekejap dia ke depan membungkus pesanan pelanggan, sekejap dia kembali ke kuali untuk membalikkan karipap mini agar tidak hangus.

Asyik sungguh saya melihat keikhlasannya.  Kagum sungguh saya melihat cara dia bekerja...yang penting keikhlasan yang jelas dapat saya lihat dari cara pergerakan tubuh badan dia melayan pelanggan. Ikhlasnya dia berniaga...sehinggakan karipap mini yang dijualnya dibungkus sendiri oleh pelanggan tanpa dia perlu mengira semula kuantiti yang diambil oleh pelanggan.  Kalau ada yang ingin mengambil kesempatan membungkus lebih, pastinya boleh saja.....Berapa RM yang di bayar oleh pelanggan, itulah wang yang diambilnya...nampak sungguh keihlasan dia berniaga...patutlah dalam keadaan gerai yang serba kekurangan, Allah SWT melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Berkat KEIKHLASAN nya Allah SWT gandakan rezekinya. Cuba bayangkan...waktu ketika itu lebih kurang pukul 8.00pm..sudah 3 dulang besar karipap mini yang sudah habis digoreng dan terjual.

 Barulah saya tahu kenapa ramai sungguh orang yang sanggup menunggu beratur untuk mendapatkan hasil jualan si peniaga ikhlas ini. Jujur saya katakan memang saya dapat lihat dengan jelas KEIKHLASAN yang terpamir dari gerak tubuh badan dan riak muka si peniaga ni. Sampaikan As sendiri cakap "ikhlas nya orang ni berniaga kan kak ...". Saya tanya Eyka.."sedap ke laksam dia Eyka?"..Eyka cakap "akak rasa la sendiri"... Ermmmm...balik rumah saya terus makan...memang SEDAP sangat....SEDAP...SEDAP ...SEDAP...Mini Karipap???  tak tau macam mana nak cerita....SEDAPPPP......Sedap kerana dia menjual makanan yang sememangnya sudah sedap di tambah dengan KEIKHLASAN...


Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat



                                                                                                                                   



Friday, 10 May 2013

LOVE..... 

MAK....ABAH.....MY LUV....REEN.....HAZIQ....and all my family members....LOVE U'LL WITH ALL MY HEART.....

Sayang kamu semua sangat.sangat......




We are only given today and never promised tomorrow. So make sure you tell the people who are special in your life, that you love them. ~ Anonymous




Finally.....

Well..finally I manage to have my own blog.  A credit to my lovely children Reen and Haziq for their good job and support to make this blog come true....Susah rupanya (bagi orang macam ibu) yang x tau macam mana nk create a blog....hehehe

First of all....nak congratulate Reen coz dapat 4 flat.....u really make me proud of you...keep up a good job....ibu tau Reen boleh buat....doa ibu sentiasa untuk anak-anak ibu.....Untuk Haziq...ibu tau yang haziq jugak boleh jadi macam akak..."WORK HARD IS A KEY TO SUCCESS"