Wednesday, 29 May 2013

WELCOME TO THE WORLD....

Tahniah buat Nadia dan suami di atas kelahiran bayi yang comel ini pada Selasa 28/5/2013 jam 3.50pm.  


"Semoga Allah memberkatimu dengan kelahiran anak ini dan kamu pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang baik daripada anak ini."



A baby will make love stronger, days shorter, nights shorter, bank balance smaller, home happier, clothes dirty, the past forgotten, and the future worth living for.

Monday, 27 May 2013

ANAK



Seronok, gembira, terharu, sedih...macam-macam perasaan bercampur aduk...Mudah-mudahan Nadia dan baby selamat.   Terasa macam saya yang nak bersalin.... Rindu sangat dengan kehadiran baby dalam hidup ini.  Yelah...anak-anak semua dah besar.

Dulu, kalau rezeki berpihak kepada saya,  saya juga dijangka melahirkan pada bulan depan (July)..beza sebulan je dengan Nadia.  Tapi takdir dari NYA tiada siapa yang dapat menolak. Saya kehilangan 'si benih cinta' di usia kandungan 8 minggu.  Tuhan jer yang tau macam mana saya rasa ketika itu.  Agak lama jugak saya 'bleeding' barulah 'si benih cinta' gugur.  Macam mana perasaan dan keadaan saya ketika itu??....Hanya Allah saja yang tau....Allah saja yang tau apakah hikmah di sebalik dugaan yang diberikan kepada saya.  Jujur saya menangis semau dan seadanya.  Bila diingatkan balik, malu pulak rasanya.  Di ketika usia yang dah hampir senja saya hamil dan keguguran, menangis pula seakan ward hospital tu milik mutlak saya sepenuhnya....

Mulanya, saya memang tidak dapat menerima takdir kehilangan  'si benih cinta',  Sekembalinya ke rumah dari hospital, saya masih dengan rutin harian, mempersembahkan 'makanan harian' (doa semasa hamil) dengan hati yang penuh dengan  kasih sayang...Tatkala itu, saya masih lagi rasakan ianya sedang tumbuh mekar di dalam rahim...namun saat masa berlalu, saya pasrah dan redha dengan takdir Illahi.  Terimakasih buat orang-orang yang saya sayang begitu juga kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan...

Terkadang, saya terfikir juga, bagaimana agaknya nanti, kalau saya di duga dengan kehilangan orang-orang yang sangat-sangat saya sayang...boleh ke saya menerima nya?...Gugurnya 'si benih cinta', saja sudah membuatkan saya hampir tak tentu fikiran...."Ya Allah, Kau tabahkan lah hati ku menerima segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini".."Ya Allah, kau panjangkanlah usia mereka, agar dapat mereka melakukan dan menambahkan kebaikan di dalam hidup ini, "Ya Allah, kau rahmati lah mereka yang sangat aku kasihi"...

Untuk itu, hargailah segala yang menjadi kesayangan dalam hidup kita, sebelum ianya berlalu pergi dan tak akan kembali lagi.....




Saturday, 25 May 2013

TAKDIR CINTA


Entry kali ini di tujukan khas buat adik yang saya sayangi.  Mungkin juga boleh di kongsi oleh anak-anak mahupun anak-anak saudara yang tersayang.  Anggaplah ianya sekadar sebuah pesanan dari saya yang sudah terlalu banyak melalui kisah suka duka dalam kehidupan.  Walaupun pengalaman itu banyak mendewasakan saya namun ada ketikanya saya rebah juga dengan takdir NYA..Andai ianya tidak relevan untuk diguna pakai di zaman serba moden ini, buangkan ianya jauh-jauh, sedikit pun tidak ada rasa terkilan di hati...

Hadirnya rasa cinta hasil dari sebuah perkenalan. Kalau tidak dimulakan dengan perkenalan manakan mungkin boleh menghasilkan bibit-bibit percintaan.  Pernahkan dengar pepatah 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA"...tepat sekali kan pepatah orang-orang dahulu.  Berseminya cinta kerana sering diberi perhatian.  Namun cinta pasti akan pudar dan pasti akan hilang kerana pembohongan.  Jujur dan ikhlas lah dalam menjalani sebuah persahabatan.  Berbicaralah apa sahaja dengan pasangan asalkan bicara itu jujur dan ikhlas.  Kalau kita nak pasangan kita jujur, maka kita juga perlu jujur dalam perhubungan.

Setialah pada pasangan, kerana kesetiaan bererti ketulusan untuk menyimpan hanya SATU nama yang tetap di dalam hati, kemudian berjanjilah untuk saling tidak mengkhianati.  Andai kesetiaan yang disimpul mati dileraikan tanpa belas dan keadilan, anggaplah itu takdir sebuah percintaan.  Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Jika kita mencintai seseorang, berusahalah untuk tampil seadanya.  Jangan malu untuk terangkan siapa kita, kerana Cinta sejati selalu dapat menerima kelebihan dan kekurangan kita.  Cinta adalah keutamaan dalam hidup saya.  Saya percaya dengan adanya cinta dan saya sangat-sangat menghargai CINTA kerana saya penuh dengan rasa CINTA....

Akhir sekali...CINTAI LAH ALLAH SWT DAN RASULNYA DENGAN SEPENUH HATI, KERANA CINTA  PADA ILLAHI, CINTA AGUNG YANG KEKAL ABADI.







Don't judge a book by its cover......

Hairan kan....baru pertama kali jumpa kita dah 'cop' dia orang yang bagaimana....kita tak kenal pun siapa dia, kita tak pernah tau pun kehidupan dia macam mana, kita tak pernah berbual lama mahupun hidup atau kerja bersama pun,  tapi kita dah letakkan pelbagai anggapan tentang siapa dia.  Bukan ke itu tidak adil namanya...Namun itulah lumrah manusia.

Adakalanya, dimasa-masa 'sedangkan lidah lagi tergigit', mulalah diungkit segala peristiwa.  Kisah silam yang sepatutnya sudah menjadi lipatan sejarah, kembali di bangkitkan dengan begitu angkuhnya, sedangkan ada diantara kita yang sudah menjadi begitu setia dan melupakan kisah hidup lama.  Kenapa mesti di samakan kehidupan lampau dengan kehidupan semasa?   Bukankah situasinya sama sekali berbeza? Bukankah pasangan yang terdahulu tidak sama dengan yang sedia ada?  Tidak bijakkah kita membuat pertimbangan seadilnya? Atau memang sengaja untuk menyakitkan atau sengaja mencari alasan untuk tidak lagi mahu hidup bersama?  Teman, kawan, sahabat, kekasih, suami atau apa saja status dia di mata atau hati kita, fikirkanlah dan fahamilah bahawa segala yang berlaku bukan segaja namun ianya bersebab dan punya alasan kenapa ianya berlaku.  Usah menghakimi kisah silam yang bukan kita pelakun utamanya...Hanya mereka-mereka yang berada di saat itu sahaja yang tahu apa yang terjadi diantara mereka...



 Walk A Mile In My Shoes,
See What I See,
Hear What I Hear,
Feel What I Feel, THEN
Maybe You’ll Understand Why I Do What I Do, ‘Till  Then Don’t; Judge Me….




Tuesday, 21 May 2013

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR.....


Three things you cannot recover in life; the words after it's said, the moment after it's missed, and the time after it's gone. ~ Anonymous

Bukan mudah untuk kita luahkan segala yang terpendam di dalam hati...bukan mudah juga untuk kita memahami apa yang tersirat di dalam hati orang lain, begitu juga dengan mereka...Kadang-kadang, kita rasakan 'approach' kita sudah cukup untuk orang lain faham apa yang kita cuba sampaikan, tapi..seringkali ianya jadi berlainan anggapan...

Tak kisah lah dalam apa juga situasi, berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata agar tidak menguris serta menyakitkan hati orang lain.  Sekali hati dan perasaan terguris, kata-kata tersebut terngiang-ngiang di cuping telinga...Perasaan akan perlahan-lahan menjadi tawar...tatkala itu, ucapan kasih, sayang dan cinta sudah menjadi terlalu asing untuk didengar...pujuk dan rayu sudah tidak lagi bermakna kerana hati sudah menjadi tawar setawarnya....disaat itu, kesalan tidak perlu lagi ditangisi dengan limpahan airmata....

Ingatlah...terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya....saat indah yang di simpan berkurun lamanya akan punah dalam sekelip mata di telan masa yang tiada galang gantinya....



Friday, 17 May 2013

KOMUNIKASI

Awal pernikahan merupakan masa yang sangat indah dalam kehidupan berumahtangga.  Kehidupan penuh dengan rasa cinta yang menggebu dan hangat membara.  Namun, seiring dengan pertambahan waktu, cinta semakin hari jadi  semakin pudar, komunikasi semakin hari semakin jangan tidak aje....  Kenapa ini terjadi?  Bosankah pasangan kita atau kita sendiri yang sudah semakin malas untuk jadi lebih kreatif agar rumahtangga sentiasa bling-bling....

Siapa yang bersalah?  dia atau kita?  Dah memang naluri lelaki agaknya tidak tahu macam mana nak tujuk rasa sayang apatah lagi nak ucapkan kata cinta setiap hari.  Ada orang kata..ungkapan cinta tak boleh selalu di luahkan kerana takut hilang nilainya...ada pulak yang kata ianya harus sering diungkapkan agar cinta sentiasa 'blooming'....lain orang lain caranya....anda bagaimana???....

Komunikasi itu penting...kalau dah tak ada komunikasi, salah faham sering terjadi....mulalah kepala fikir yang bukan-bukan....benda yang tak ada, jadi ada...itulah bahana kalau tidak ada komunikasi.  Tak kisah dalam apa juga situasi, komunikasi sangat penting.  Suka atau tidak,  kita perlu bercakap...walaupun ianya pahit untuk di dengar tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang pasangan kita suka atau tidak....



Komunikasi Adalah Sesuatu Yang Mudah,.... Susahnya Ialah Apabila Kita Tidak Menyebutnya Dengan Perkataan Yang Mudah…..T.S.Matthews





Monday, 13 May 2013

KEIKHLASAN

Balik kerja, terus je pegi pasar malam, takde intention pun nak pergi at first, tapi entah macam mana ringan je kaki ni melangkah dengan As, Eyka & Reen. Tak tau nak beli apa. Saja jalan-jalan cuci mata, Tetiba teringat Eyka cakap, "laksam kat pasar malam ni sedap tau"...so, oklah...cari la laksam...Dah jumpa pun gerai yang Eyka cakap...."hurmmm...ramai pulak orang beratur"..."heran...apa yang menarik kat gerai yang serba kekurangan ni?"...hati mula berkata..."lampu tak ada...pastu yang berniaga cuma sorang lelaki yang biasa-biasa jer, tanpa ada sesiapa yang membantu".. Malas nak fikir apa kelebihan gerai ni...makanan kat sini dan peniaga ni, saya beli jugak laksam yang dijual disini, walaupun ada banyak lagi gerai lain yang menjual laksam yang jauh lebih sempurna. Lepas beli laksam...Reen cakap dia nak beli mini karipap yang dijual di gerai yang sama.

 Agak lama saya dan Reen berdiri untuk menunggu mini karipap yang masih di dalam kuali. Dalam kami menunggu tu, saya perhatikan si penjual ni...lama saya memerhatikannya tanpa dia menyedarinya. Saya cuba cari apa kelebihan yang ada disini dan juga si penjual. Sudah pasti dia tak perasan kan saya sebab, asyik sungguh dia bekerja...Saya lihat penuh ikhlas dia melayan pelanggan yang tak henti-henti memesan laksam & laksa selain dari pelanggan lain yang masih setia menunggu karipap mini yang masih di dalam kuali. Sekejap dia ke depan membungkus pesanan pelanggan, sekejap dia kembali ke kuali untuk membalikkan karipap mini agar tidak hangus.

Asyik sungguh saya melihat keikhlasannya.  Kagum sungguh saya melihat cara dia bekerja...yang penting keikhlasan yang jelas dapat saya lihat dari cara pergerakan tubuh badan dia melayan pelanggan. Ikhlasnya dia berniaga...sehinggakan karipap mini yang dijualnya dibungkus sendiri oleh pelanggan tanpa dia perlu mengira semula kuantiti yang diambil oleh pelanggan.  Kalau ada yang ingin mengambil kesempatan membungkus lebih, pastinya boleh saja.....Berapa RM yang di bayar oleh pelanggan, itulah wang yang diambilnya...nampak sungguh keihlasan dia berniaga...patutlah dalam keadaan gerai yang serba kekurangan, Allah SWT melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Berkat KEIKHLASAN nya Allah SWT gandakan rezekinya. Cuba bayangkan...waktu ketika itu lebih kurang pukul 8.00pm..sudah 3 dulang besar karipap mini yang sudah habis digoreng dan terjual.

 Barulah saya tahu kenapa ramai sungguh orang yang sanggup menunggu beratur untuk mendapatkan hasil jualan si peniaga ikhlas ini. Jujur saya katakan memang saya dapat lihat dengan jelas KEIKHLASAN yang terpamir dari gerak tubuh badan dan riak muka si peniaga ni. Sampaikan As sendiri cakap "ikhlas nya orang ni berniaga kan kak ...". Saya tanya Eyka.."sedap ke laksam dia Eyka?"..Eyka cakap "akak rasa la sendiri"... Ermmmm...balik rumah saya terus makan...memang SEDAP sangat....SEDAP...SEDAP ...SEDAP...Mini Karipap???  tak tau macam mana nak cerita....SEDAPPPP......Sedap kerana dia menjual makanan yang sememangnya sudah sedap di tambah dengan KEIKHLASAN...


Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat



                                                                                                                                   



Friday, 10 May 2013

LOVE..... 

MAK....ABAH.....MY LUV....REEN.....HAZIQ....and all my family members....LOVE U'LL WITH ALL MY HEART.....

Sayang kamu semua sangat.sangat......




We are only given today and never promised tomorrow. So make sure you tell the people who are special in your life, that you love them. ~ Anonymous




Finally.....

Well..finally I manage to have my own blog.  A credit to my lovely children Reen and Haziq for their good job and support to make this blog come true....Susah rupanya (bagi orang macam ibu) yang x tau macam mana nk create a blog....hehehe

First of all....nak congratulate Reen coz dapat 4 flat.....u really make me proud of you...keep up a good job....ibu tau Reen boleh buat....doa ibu sentiasa untuk anak-anak ibu.....Untuk Haziq...ibu tau yang haziq jugak boleh jadi macam akak..."WORK HARD IS A KEY TO SUCCESS"