Wahhhh...lama betul x update blog ni...ni bukan lg bersawang tapi dh jd mcm rumah x berpenghuni....
Tak sempat langsung nak jengah. Banyak sangat berlaku perkara dalam kehidupan saya dan keluarga. Alhamdulillah...kami tabah dan redha dengan pelbagai ujian yang mendatang. Syukur di beri ujian kerana menjadikan kami sekeluarga lebih muhasabah diri dan lebih menyedari tentang hakikat sebuah kehidupan yang hanya pinjam-pinjaman... Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan dengan kekuatan hamba itu sendiri... Itu janji Allah...
Saya kehilangan buat kali kedua kandungan ketika usianya sudah menginjak 10 minggu pada minggu pertama Ramadhan. Sedih sangat sebab kandungan ini disahkan kembar....Bukan rezeki saya...Saya percaya ada hikmah yang tersirat di sebalik kehilangan kandungan ini, walaupun saya benar-benar inginkannya.
Kesihatan mak masih seperti dulu. Kali terakhir mak di masukkan ke hospital adalah beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Mak menjalani pembedahan untuk dialisis. Alhamdulillah, kini mak sudah beransur sihat setelah menjalani dialisis. 5 hari sebelum merayakan Aidil Fitri mak keluar hospital. 3 hari sebelum Raya rumah mak terbakar dan ada cubaan untuk menamatkan riwayat mak, abah dan adik ipar serta anak saudara. Mujur dan syukur pada Allah semuanya selamat. Semuga Allah jua yang membalas segala perbuatan khianat manusia yang tidak bertanggungjawab....
Kami adik beradik balik kg dan menguruskan rumah serta segala persiapan Raya dalam keadaan yang serba sederhana. Yang penting kami masih lagi bersama dan bahagia sekeluarga walaupun mak masih dalam kesakitan merayakan Aidil Fitri. Sebagai anak sulung di bantu adik-adik dan anak saudara yang sangat di kasihi, kami mengambil alih tugasan mak. Of coz rindu dengan masakan hari raya mak, tapi keadaan tidak mengizinkan mak untuk melakukannya.
Abah sangat tabah. sangat kuat...Semangat perwira yang ada dalam diri abah yang agaknya jadikan abah seorang yang kuat melawan segala ujian dari Allah...Saya juga ingin kuat dan tabah seperti abah...Saya tau saya bukan lelaki, saya juga tidak mengharapkan punya kekuatan fizikal, kekuatan emosi sudah cukup untuk saya menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.
Itu antara peristiwa besar dan sedih dalam hidup saya pada tahun ini. Kenangan pahit yang takkan saya lupakan sepanjang hidup saya. Sedikit gambar kenangan Hari Raya....
![]() |
| Mak dan Abah tersayang |
![]() |
| Puteri-puteri mak dan abah |
![]() |
| Anak-anak mak dan abah |
![]() |
| Anak, menantu dan cucu-cucu mak abah |



