Adakalanya, dimasa-masa 'sedangkan lidah lagi tergigit', mulalah diungkit segala peristiwa. Kisah silam yang sepatutnya sudah menjadi lipatan sejarah, kembali di bangkitkan dengan begitu angkuhnya, sedangkan ada diantara kita yang sudah menjadi begitu setia dan melupakan kisah hidup lama. Kenapa mesti di samakan kehidupan lampau dengan kehidupan semasa? Bukankah situasinya sama sekali berbeza? Bukankah pasangan yang terdahulu tidak sama dengan yang sedia ada? Tidak bijakkah kita membuat pertimbangan seadilnya? Atau memang sengaja untuk menyakitkan atau sengaja mencari alasan untuk tidak lagi mahu hidup bersama? Teman, kawan, sahabat, kekasih, suami atau apa saja status dia di mata atau hati kita, fikirkanlah dan fahamilah bahawa segala yang berlaku bukan segaja namun ianya bersebab dan punya alasan kenapa ianya berlaku. Usah menghakimi kisah silam yang bukan kita pelakun utamanya...Hanya mereka-mereka yang berada di saat itu sahaja yang tahu apa yang terjadi diantara mereka...
Walk
A Mile In My Shoes,
See
What I See,
Hear
What I Hear,
Feel
What I Feel, THEN
Maybe
You’ll Understand Why I Do What I Do, ‘Till
Then Don’t; Judge Me….
No comments:
Post a Comment