Agak lama saya dan Reen berdiri untuk menunggu mini karipap yang masih di dalam kuali. Dalam kami menunggu tu, saya perhatikan si penjual ni...lama saya memerhatikannya tanpa dia menyedarinya. Saya cuba cari apa kelebihan yang ada disini dan juga si penjual. Sudah pasti dia tak perasan kan saya sebab, asyik sungguh dia bekerja...Saya lihat penuh ikhlas dia melayan pelanggan yang tak henti-henti memesan laksam & laksa selain dari pelanggan lain yang masih setia menunggu karipap mini yang masih di dalam kuali. Sekejap dia ke depan membungkus pesanan pelanggan, sekejap dia kembali ke kuali untuk membalikkan karipap mini agar tidak hangus.
Asyik sungguh saya melihat keikhlasannya. Kagum sungguh saya melihat cara dia bekerja...yang penting keikhlasan yang jelas dapat saya lihat dari cara pergerakan tubuh badan dia melayan pelanggan. Ikhlasnya dia berniaga...sehinggakan karipap mini yang dijualnya dibungkus sendiri oleh pelanggan tanpa dia perlu mengira semula kuantiti yang diambil oleh pelanggan. Kalau ada yang ingin mengambil kesempatan membungkus lebih, pastinya boleh saja.....Berapa RM yang di bayar oleh pelanggan, itulah wang yang diambilnya...nampak sungguh keihlasan dia berniaga...patutlah dalam keadaan gerai yang serba kekurangan, Allah SWT melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Berkat KEIKHLASAN nya Allah SWT gandakan rezekinya. Cuba bayangkan...waktu ketika itu lebih kurang pukul 8.00pm..sudah 3 dulang besar karipap mini yang sudah habis digoreng dan terjual.
Barulah saya tahu kenapa ramai sungguh orang yang sanggup menunggu beratur untuk mendapatkan hasil jualan si peniaga ikhlas ini. Jujur saya katakan memang saya dapat lihat dengan jelas KEIKHLASAN yang terpamir dari gerak tubuh badan dan riak muka si peniaga ni. Sampaikan As sendiri cakap "ikhlas nya orang ni berniaga kan kak ...". Saya tanya Eyka.."sedap ke laksam dia Eyka?"..Eyka cakap "akak rasa la sendiri"... Ermmmm...balik rumah saya terus makan...memang SEDAP sangat....SEDAP...SEDAP ...SEDAP...Mini Karipap??? tak tau macam mana nak cerita....SEDAPPPP......Sedap kerana dia menjual makanan yang sememangnya sudah sedap di tambah dengan KEIKHLASAN...
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat…
Insyaallah.. semoga kita juga tergolong di dalam golongan org2 yg jujur dan ikhlas... amin
ReplyDelete