Saturday, 25 May 2013

TAKDIR CINTA


Entry kali ini di tujukan khas buat adik yang saya sayangi.  Mungkin juga boleh di kongsi oleh anak-anak mahupun anak-anak saudara yang tersayang.  Anggaplah ianya sekadar sebuah pesanan dari saya yang sudah terlalu banyak melalui kisah suka duka dalam kehidupan.  Walaupun pengalaman itu banyak mendewasakan saya namun ada ketikanya saya rebah juga dengan takdir NYA..Andai ianya tidak relevan untuk diguna pakai di zaman serba moden ini, buangkan ianya jauh-jauh, sedikit pun tidak ada rasa terkilan di hati...

Hadirnya rasa cinta hasil dari sebuah perkenalan. Kalau tidak dimulakan dengan perkenalan manakan mungkin boleh menghasilkan bibit-bibit percintaan.  Pernahkan dengar pepatah 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA"...tepat sekali kan pepatah orang-orang dahulu.  Berseminya cinta kerana sering diberi perhatian.  Namun cinta pasti akan pudar dan pasti akan hilang kerana pembohongan.  Jujur dan ikhlas lah dalam menjalani sebuah persahabatan.  Berbicaralah apa sahaja dengan pasangan asalkan bicara itu jujur dan ikhlas.  Kalau kita nak pasangan kita jujur, maka kita juga perlu jujur dalam perhubungan.

Setialah pada pasangan, kerana kesetiaan bererti ketulusan untuk menyimpan hanya SATU nama yang tetap di dalam hati, kemudian berjanjilah untuk saling tidak mengkhianati.  Andai kesetiaan yang disimpul mati dileraikan tanpa belas dan keadilan, anggaplah itu takdir sebuah percintaan.  Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Jika kita mencintai seseorang, berusahalah untuk tampil seadanya.  Jangan malu untuk terangkan siapa kita, kerana Cinta sejati selalu dapat menerima kelebihan dan kekurangan kita.  Cinta adalah keutamaan dalam hidup saya.  Saya percaya dengan adanya cinta dan saya sangat-sangat menghargai CINTA kerana saya penuh dengan rasa CINTA....

Akhir sekali...CINTAI LAH ALLAH SWT DAN RASULNYA DENGAN SEPENUH HATI, KERANA CINTA  PADA ILLAHI, CINTA AGUNG YANG KEKAL ABADI.







No comments:

Post a Comment