Memberi kejutan (surprised) kepada isteri mungkin sudah lama tidak di lakukan. Apatah lagi jika usia perkahwinan sudah berjalan agak lama. Adakah kerana kesuntukan masa atau terlalu sibuk dengan tugas pejabat hingga melupakan tarikh penting dalam kehidupan...???
Saat romantik ketika zaman bercinta jadi luput dalam sekelip mata. Kenapa ini terjadi? Pudarkah sudah kasih sayang? Atau setelah diijab kabul, romantik itu tidak lagi diperlukan? Pernah x terfikir yang isteri tidak pernah luntur jiwa romantiknya... Kenapa isteri jer yang perlu ada perasaan begitu? Sayang betulkan kita pada suami...Apa tidaknya, itu lah yang kita puja-puja dulu sebelum berkahwin...kini dah sentiasa di depan mata, bersyukurnya tidak terkata. Kalau boleh ingin senafas, ingin sebadan dan ingin senyawa dengan suami yang tercinta...Apa juga tarikh penting tentang suami x pernah isteri lupakan... sampaikan tarikh saat pertama kali berjumpa pun masih lagi ditanda di dalam kalendar tahunan..inikan pulak tarikh kelahiran, tarikh ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.
Adakah si suami macam tu jugak? Mungkin ada tapi boleh di bilang dengan jari. Ada suami yang bertanya, "perlu ke itu semua? bukankah sudah berumahtangga, setiap hari berjumpa, apa lagi yang sang isteri dambakan?"....kalau soalan itu yang di tanyakan...bagi saya, ianya memang perlu....bukan sahaja buat isteri gembira, tapi lebih mengeratkan lagi cinta yang terbina sejak sekian lama....maukah cinta pudar dalam sekelip mata? maukah rumahtangga seakan mati belum pun sempat menyambut jubli emas, jubli perak dan jubli intan?
Bukan hadiah mahal yang isteri mahukan...cukuplah sekadar ada tanda ingatan. Bukan isteri tidak tahu tahap kemampuan kewangan suami...xkan lah sekadar sekeping kad tanda ucapan dan bawak makan2 boleh menambah hutang bulanan?....Saya suka rancangan Romantika di Astro. Kalau kewangan mengizinkan apa salahnya pergi jalan-jalan sambil imbas kembali zaman romantik...Kalau dah tak ada memadai pergi dinner, sambil semarakkan kembali cinta, kasih dan sayang yang semakin suram...
Kadang-kadang, isteri sanggup menyimpan sebulan paling takde RM10. Nak tau kenapa? Sebab nak bagi kejutan buat suami...Sebulan RM10, setahun hampir RM120...Bukan dapat sangat pun hadiah yang mahal apatah lagi yang branded, cukuplah sekadar ada surprised untuk buat suami tersenyum riang dan dengan harapan bertambah erat lah kasih sayang. Berbulan-bulan perancangan di lakukan...kononnya nak surprised kan suami. Sanggup kan isteri mengikat perut semata-mata nak gembirakan orang yang paling di sayangi...Bila isteri buat macam tu, suami pulak kata.."yang awak jadi bodoh tu kenapa?...saya tak mintak pun hadiah atau apa saja"...ohhhh suami....memang lah awak tak mintak, tapi inilah effort seorang isteri yang sangat-sangat menghargai seorang lelaki yang bergelar suami.
Lembut sangat hati seorang perempuan, hingga sanggup setia berkorban untuk yang tersayang. Ada kalanya, sudah di gelar "KAU TU MEMANG PEREMPUAN BODOH" pun masih lagi perempuan tunggu dan memaafkan....Entahlah....
Bahagiakanlah isteri dengan sebuah pemberian yang kecil. Berikan sesuatu untuknya sebagi bukti cinta dan kasih sayang yang luarbiasa. Meskipun cinta dan kasih sayang itu tidak boleh di ukur dengan harta benda...Dan tentu saja, hadiah juga bukan bererti pengganti kehadiran suami.
HARGAILAH SEORANG PEREMPUAN YANG BERGELAR ISTERI, FAHAMI DAN SELAMILAH APA YANG TERSIRAT DI HATI MEREKA...SAYANGNYA ISTERI PADA SUAMI MELEBIHI SEGALANYA....HARGAILAH MEREKA....HARGAILAH MEREKA....
rase macam nak menitis air mata ni..entah ayat mana satu yang myentuh perasaan saya ni..Entah dr mna sy nk mulakn sy pn x tahu... Hidup ini terlalu sukar untuk difahami dan d mengerti… Terlalu banyak rahsia dn hikmah yg terkandung dlm perjalanan sepanjang bersamanya..dia tak nampak apa yang saya lalui saban hari...
ReplyDeletedia tak tahu apa yang saya lakukan hari-hari untuk meredakan gelojak rindu pada dia..
dia jugak tak pernah tahu yang mana bila saya sakit…saya sangat memerlukan bantuan seseorang untuk menjaga saya..jangan abaikan saya sngt..jgn ambik mudah dgn semua pekara..kita tak tahu bila maut dtg jemput kite..pe salahnya,awak berikan sy sdikit pehatian.. bukan utk dmanjakan. tapi hnya sekadar utk jdi peneman saya bila bjauhan dgn awak..saya bukan ckp tk kisah jika awak lupa tentang tarikh2 penting dlm hidup kite..tp jgn smpai tarikh penting org lain awak ingat..saya tak pernah minta pe2 dari awak..saya cuma harap awak lbh mhargai saya..myanyangi saya seperti saya myayangi awak..sblum tdo cium ..bgun tdo cium.nak g keje cium..sebenarnya saya hanya pelukan phatian dr awak jer..cium & dakapan adalah 1 bonus utk saya..
kisah ni hampir serupa untuk semua orng. Cuma yang pegang watak suami n isteri tu jer yang berbeza-beza. Apa yg ditulis tu memang sgt benar dan kadang-kadang kita tertanya-tanya.. Salah kita ke sebab tak mintak dengan suami apa yg kita suka dan tak luahkan apa yg kita tak suka.
ReplyDelete