Seronok, gembira, terharu, sedih...macam-macam perasaan bercampur aduk...Mudah-mudahan Nadia dan baby selamat. Terasa macam saya yang nak bersalin.... Rindu sangat dengan kehadiran baby dalam hidup ini. Yelah...anak-anak semua dah besar.
Dulu, kalau rezeki berpihak kepada saya, saya juga dijangka melahirkan pada bulan depan (July)..beza sebulan je dengan Nadia. Tapi takdir dari NYA tiada siapa yang dapat menolak. Saya kehilangan 'si benih cinta' di usia kandungan 8 minggu. Tuhan jer yang tau macam mana saya rasa ketika itu. Agak lama jugak saya 'bleeding' barulah 'si benih cinta' gugur. Macam mana perasaan dan keadaan saya ketika itu??....Hanya Allah saja yang tau....Allah saja yang tau apakah hikmah di sebalik dugaan yang diberikan kepada saya. Jujur saya menangis semau dan seadanya. Bila diingatkan balik, malu pulak rasanya. Di ketika usia yang dah hampir senja saya hamil dan keguguran, menangis pula seakan ward hospital tu milik mutlak saya sepenuhnya....
Mulanya, saya memang tidak dapat menerima takdir kehilangan 'si benih cinta', Sekembalinya ke rumah dari hospital, saya masih dengan rutin harian, mempersembahkan 'makanan harian' (doa semasa hamil) dengan hati yang penuh dengan kasih sayang...Tatkala itu, saya masih lagi rasakan ianya sedang tumbuh mekar di dalam rahim...namun saat masa berlalu, saya pasrah dan redha dengan takdir Illahi. Terimakasih buat orang-orang yang saya sayang begitu juga kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan...
Terkadang, saya terfikir juga, bagaimana agaknya nanti, kalau saya di duga dengan kehilangan orang-orang yang sangat-sangat saya sayang...boleh ke saya menerima nya?...Gugurnya 'si benih cinta', saja sudah membuatkan saya hampir tak tentu fikiran...."Ya Allah, Kau tabahkan lah hati ku menerima segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini".."Ya Allah, kau panjangkanlah usia mereka, agar dapat mereka melakukan dan menambahkan kebaikan di dalam hidup ini, "Ya Allah, kau rahmati lah mereka yang sangat aku kasihi"...
Untuk itu, hargailah segala yang menjadi kesayangan dalam hidup kita, sebelum ianya berlalu pergi dan tak akan kembali lagi.....
dalam hidup ni..kite jarang mhargai pe yg ada di depan mata kite.. kite lupa yg mereka ini lah yg sngt myayangi kite.. sedikit coretan hati...hargai kami sayang.. kami hanya ada awak jerr.. kami tak punyai harta yang mampu kami berikan pada awak..
ReplyDelete